May Allah remove your sadness!


sebenarnya kehidupan aku sekarang takdelah senang kaya raya. tapi senang hati jelah sebab sekarang aku utamakan keluarga dan orang orang yang aku sayang. bila aku tengah selesa begini datanglah orang yang dah buang aku dulu tanya khabar mahupun i miss you. aku tengah bahagia, pls

sampai satu tahap aku give up. serius give up nak mampos. tahap penat nak terkejar kejar orang hargai kita. tahap penat nak bagitahu dan yakinkan orang yang kita tak macam apa orang lain cakap. dan tahap penat nak explain pada orang sesuatu keadaan sebenar bagaimana macam mana

penat sangat sangat. sampai tahap aku rasa aku tak boleh nak betulkan orang pun. and sebaik mana pun kita terhadap seseorang, pasti orang akan ambil kesempatan. ah, itu memang silap aku lah sebab aku terlalu percaya manusia ni boleh berubah. ya boleh berubah tapi bukan ketika itu

ah, malu? muka pun dah tebal. bukan setakat mekap tebal. tapi kau tahu perasaan malas? benarlah orang kata, kalau tak layan masalah takkan meleret leret. ya memang betul. jangan ikut perasaan. hidup dalam perasaan itulah yang buat rasa serba salah dalam setiap perkara semua benda

orang memang suka ambil kesempatan bila kita dalam keadaan terdesak or sempat. memang betul pun. senang sekejap, ramai kawan. susah balik, kawan hilang. benda macam ni memang ada naik turun pun. aku rasa malas nak kejar dah benda macam tu (perasaan masa tu) so aku hiatus sekejap

hiatus aku tu takdelah sampai nak deac semua acc socmed. hiatus aku tu lebih kurang tapis orang orang yang aku rasa perlu atau tidak dalam life aku. kemudian fikir panjang panjang dalam dalam. jauhkan diri dari semua orang, and fokus pada family 100% masa tu baru nampak

masa tu baru nampak apa? baru nampak yang aku dah banyak berhabis masa dengan perkara yang tak sepatutnya. leka sangat. sekarang baru nak sedar. belum terlambat lagi? ugh, still rasa membazir juga dengan orang/perkara/benda yang sia sia. benda tak boleh patah balik kan

No comments:

Post a Comment

 

Afiqah Alias © 2012 Web Design by Ipietoon Blogger Template and Home Design and Decor Vector by Webdesignhot