In theory, theory and practice are both the same. In practice, they are not.

Betapa banyak pun bahan yang kita baca, siapa pun idola kita, pegangan mana yang kita percaya, contoh apa yang kita mahu ikuti dan duplikasi, teorinya takkan sama dengan apa yang kita hadapi. Hidup kita semua berbeza-beza.

"In theory, theory and practise are both the same. 
In pratice, they are not."

Keadaan, persekitaran, tekanan, ini semua pemboleh ubah yang memanipulasi. Ini akan merubah semuanya. Jadi, satu-satu teori atau penulisan sesiapa pun, tak boleh 100% terguna pakai dalam hidup seseorang.

A bagi contoh untuk buat begini begini. B kata jangan buat begitu begini. Kita? Baca, tutup mata, ambil mana mahu dan amal mana mampu. Tidak dapat tidak semua, sipi-sipinya ada.

Setiap orang ada alasan tersendiri mengapa satu-satu keputusan diambil. Jangan persoalkan hidup seseorang.

Dalam hidup, bercelaru tu biasa. Ada masa hidup kita tenang tiada ombak. Lain masa hidup kita terumbang-ambing tak tahu punca. Masa inilah masa terbaik untuk lihat di sekeliling, perhati semua sisi dan cari punca penyebab semuanya terjadi.

Boleh jadi pada papan tanda jalan raya ada petunjuknya. Boleh jadi pada kakak kaunter tol terletak klu teka silang kata. Boleh jadi pada bait-bait lagu buskers jalanan, ada jawapannya.

Begitulah. Kadang-kadang Tuhan bagi petunjuk bukanlah secara langsung. Yang tak terjangka itulah yang paling indah. Untuk itu, ada susup-sasap semak yang perlu kita redah. Biasa, di situ letaknya alamat yang paling berharga.

Tuhan datangkan ibu bapa sebagai pinjaman. Di situ letaknya keberkatan. Doa mereka, kata-kata semangat dari mereka punya magis paling power di dunia. Mereka tahu apa yang terbaik buat kita. Mereka ahli silap mata yang terunggul buat semua. Ah rindu.


Dalam office,
Afiqah

1 comment:

  1. Great blog here! Also your site loads up very fast! What
    host are you using? Can I get your affiliate link to your host?

    I wish my website loaded up as quickly as yours lol

    ReplyDelete

 

Afiqah Alias © 2012 Web Design by Ipietoon Blogger Template and Home Design and Decor Vector by Webdesignhot