Dah boleh kahwin dah

Aku tak pernah nak tulis pasal cinta atau kahwin. Bukan aku. Tapi benda ni dah lama stuck dalam kepala. Jadi aku kena muntahkan malam ni.

Dalam bab cinta dan perkahwinan, be realistic.

Jangan sebab angau, cemburu tengok kawan-kawan semua dah kahwin, kau jadi tergopoh-gapah nak kahwin dan takut bujang, tak kahwin sampai mati.

Percaya atau tidak, hari-hari aku kena hadap dan tadahkan telinga untuk dengar dan support ibu-ibu tunggal. Cukup sekadar mereka tahu ada seseorang mendengar lalu tak mudah putus asa (aku pun tak tahu kenapa mereka percaya pada aku).

Dengan masalah kewangan, stress kerja, balik nak hadap kerenah anak-anak, tak ada tempat bergantung, dengan masalah displin anak-anak, kau tengok saja apa kesan penceraian ni terpalit pada anak-anak.

Ada kes seorang anak lelaki selalu terbabit dengan masalah displin di sekolah. Banyak kali kena gantung sekolah. Ada kes juga anak lelakinya suka memakai baju-baju perempuan. Ada kes anak sekolah rendah dah pandai mengintai orang mandi.

Macam-macam hal. Semua berpunca dari keretakan rumah tangga. Jangan lupa yang anak-anak ni kuat memerhati, cepat terpengaruh dan susah untuk lupa.

Lepas beberapa cerita tentang perkahwinan, dengan kisah sekeliling yang penuh dengan penceraian, pada aku kahwin bukan sekadar hanya untuk menamatkan masa bujang. Kahwin bukan untuk sehari. Kahwin bukan kerana trend. Kahwin bukan kerana desakan keluarga atau bisik-bisik kepoci jiran tetangga.

Jangan sebabkan nak kahwin, main sambar saja siapa depan mata.

Bab perkahwinan, bukan hanya pada jumlah hantaran saja yang kau perlu risaukan. Ada sesuatu jauh lebih besar dari itu. Fikir jauh ke depan. Sebab kahwin merupakan himpunan duka tawa senyum ceria dan masam mencuka. Bukan hanya seronok semata. Bagaimana nak survive berdua sehingga ke akhirnya.

Okay la sebelum melalut, cukup sampai di sini saja. Orang belum kahwin tak boleh tulis pasal kahwin. Kahwin dulu, 20 tahun ke atas usia perkahwinan, baru boleh sembang kencang bagi tips.

No comments:

Post a Comment

 

Afiqah Alias © 2012 Web Design by Ipietoon Blogger Template and Home Design and Decor Vector by Webdesignhot